Bursa Dibuka Lemah Dalam Keadaan Bercampur Di Sebalik Sentimen Berhati-Hati

127

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.56 mata pada 1,597.35 daripada penutupan Selasa pada 1,596.79.

Indeks dibuka lemah 0.67 mata pada 1,596.12.

Ia dibuka lemah lalu bertukar positif dalam keadaan bercampur dan dikaburi sentimen pelabur berhati-hati selepas menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 217 berbanding 114, manakala 287 kaunter pula tidak berubah, 1,618 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 200.07 juta unit bernilai RM87.97 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan KLCI dijangka menghadapi sesi lemah dengan berlakunya aktiviti pengambilan untung pada wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi.

Selain itu, mereka menjangkakan pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memberi manfaat kepada ekonomi dengan kaunter pengguna, perbankan, pengangkutan dan penerbangan menjadi tumpuan.

Sementara itu, pelabur dilihat memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 walaupun masih tiada tarikh tetap, yang akan memberi kelebihan kepada sektor pembinaan dan bahan binaan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 1 sen pada RM8.87, IHH Healhcare Bhd capai 1 sen pada RM6.28 dan CIMB Group Holdings Bhd kumpul 2 sen pada RM5.29 sementara Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM4.70 dan RM9.85.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) susut 2 sen pada RM1.09, Sapura Energy Bhd padam 0.5 sen pada 4 sen, Techna-X Bhd naik 0.5 sen pada 9 sen dan Pappajack Bhd tambah 1 sen pada 50.5 sen sementara SMTrack Bhd kekal pada 8 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menyusut 10.39 mata pada 11,138.67, indeks FBM Emas memotong 11.73 mata pada 11,481.89, indeks FBM Emas Shariah mengurang 25.11 mata pada 12,114.87, FBM 70 menurun 70.88 mata dan 13,956.14 dan FBM ACE merundun 13.72 mata pada 5,850.80.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan meningkat 0.14 mata pada 209.94 manakala indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 7.07 mata pada 16,727.03 sementara indeks Perladangan menguncup 1.09 mata pada 8,172.18.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat