Bursa Dibuka Rendah Dek Prestasi Semalaman Wall Street

157

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.29 mata pada 1,524.84 daripada penutupan Rabu pada 1,525.13.

Ia dibuka rendah selepas menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dek kebimbangan mengenai inflasi yang akan menyaksikan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi dari jangkaan.

Indeks dibuka 0.55 mata pada 1,524.58.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 218 berbanding 116, manakala 241 kaunter pula tidak berubah, 1,748 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 195.73 juta unit bernilai RM79.46 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan para pelabur berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang laporan pendapatan korporat serta panduan lanjut daripada Federal Reserve Amerika Syarikat mengenai dasar monetarinya pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, tekanan jualan ke atas kaunter minyak dan gas meningkat ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenai kemungkinan lebihan minyak dalam tempoh terdekat yang telah menyumbang kepada penurunan harga minyak semalaman, namun masih berlegar pada paras US$80 atau RM334.44 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) masing-masing turun 1 sen pada RM8.06 dan RM8.30, sementara Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM4.05 dan RM6.55.

Saham aktif memperlihatkan WZ Satu Bhd naik 3.5 sen pada 26 sen, Tanco Holdings Bhd menokok 27.5 sen sementara Advance Synergy Bhd turun 1 sen pada 12 sen dan Sapura Energy Bhd kekal pada 10 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 6.24 mata ke 11,225.14, indeks FBMT 100 susut 4.26 mata ke 10,897.11, indeks FBM Emas Shariah jatuh 7.26 mata pada 12,223.28 manakala FBM ACE meningkat 7.65 mata pada 6,811.79 dan FBM 70 merundum 14.37 mata pada 14,811.12.

Indeks Industrial Products and Services meningkat 0.43 mata pada 198.93, indeks Perladangan menaik 18.64 mata pada 6,562.54 dan indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 3.17 mata pada 15,195.92.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat