Bursa Dibuka Tinggi Namun Berundur Selepas Itu

157

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merudum 1.58 mata pada 1,495.35 daripada penutupan Selasa pada 1,496.93.

Ia dibuka sedikit tinggi namun berundur selepas itu ekoran ketidaktentuan pasaran kekal kerana kebimbangan terhadap kesan varian Covid 19 Omicron dan menjejaki prestasi negatif semalaman Wall Street.

Indeks dibuka 1.14 mata pada 1,498.34.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 237 berbanding 95, manakala 205 kaunter pula tidak berubah, 1,740 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 159.46 juta unit bernilai RM82.82 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan bursa tempatan mungkin kekal dengan mengambil kira keputusan kerajaan untuk menghalang pelancong dari 8 negara dengan kes disahkan varian Covid-19 Omicron.

Antara 8 buah negara tersebut adalah Afrika Selatan, Botswana, Swaziland, Losetho, Mozambique, Nambia, Zimbabwe dan Malawi.

Namun begitu, kelemahan itu mungkin diatasi oleh indeks Pengurusan Pembelian November (PMI) Malaysia yang bertambah baik telah menandakan keadaan operasi semakin pulih.

Dari segi komoditi, harga minyak mentah kekal rendah tetapi harga minyak sawit mentah mengalami lantunan sederhana.

Tinjauan teknikal mencatat paras sokongan seterusnya untuk indeks terletak pada 1,480 manakala rintangan ditambat sepanjang 1,515-1530.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) masing-masing bertambah 1 sen pada RM7.96 dan RM9.23, Public Bank Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) dan CIMB Group Holding Bhd kekal pada RM3.19, RM8.50 dan RM5.03 sementara IHH Healthcare menurun 6 sen pada RM6.51.

Saham aktif memperlihatkan Impiana Hotels Bhd naik 0.5 sen pada 8.5 sen, TH Heavy Engineering Bhd turun 4.5 sen pada 2 sen dan KNM Group Bhd kekal 16 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengecil 15.12 mata pada 10,953.67, indeks FBMT 100 menguncup 13.60 mata pada 10,615.65 dan indeks FBM Emas Shariah menurun 23.09 mata pada 11,955.37.

FBM 70 menyusut 27.66 mata pada 14,341.22 dan FBM ACE menambah 16.08 mata pada 6,481.70.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan susut 0.39 mata pada 194.02, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.47 mata pada 14,938.84 dan indeks Perladangan jatuh 8.91 mata pada 6,428.52.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat