Bursa Dibuka Tinggi Pada Hari Pertama Minggu Terakhir 2021

101

Pada jam 9.08 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencapai 0.67 mata pada 1,517.12 daripada penutupan Jumaat pada 1,516.45.

Indeks dibuka 0.92 mata pada 1,517.37.

Ia dibuka tinggi ekoran sokongan minat belian serta kebimbangan terhadap Omicron yang semakin kurang.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 105 berbanding 86, manakala 205 kaunter pula tidak berubah, 1,914 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 76.04 juta unit bernilai RM31.29 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sokongan belian diteruskan buat minggu ini ekoran kebimbangan terhadap varian Omicron mengurang dan pelabur dijangka memilih kaunter bertemakan pemulihan seperti penerbangan dan perlancongan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 3 sen pada RM8.22 sementara Public Bank Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem), IHH Healthcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM4.12, RM8.77, RM6.57 dan RM5.36.

Saham aktif memperlihatkan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd tambah 7 sen pada RM1.13 sementara Focus Dynamics Group Bhd, Kejuruteraan Asastera Bhd dan SMTRACK Bhd kekal 1 sen, 26 sen dan 13.5 sen dan Eduspec Holdings Bhd turun 0.5 sen pada 1.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 6.17 mata pada 11,001.68, indeks FBMT 100 tambah 5.13 mata pada 10,706.84 dan indeks FBM Emas Shariah canak 11.72 mata pada 11,814.40.

FBM 70 naik 8.43 mata pada 14,011.84 dan FBM ACE tambah 10.45 mata pada 6,250.57.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.14 mata pada 197.68, indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 1.73 mata pada 15,420.89 dan indeks Perladangan memacu 0.79 mata pada 6,489.30.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat