Bursa Gagal Buat Lantunan, Sentimen Risk-Off Kuasai Pasaran

188

Dagangan Bursa Malaysia cuba membuat lantunan pada awal sesi namun gagal selepas menjejaki sentimen pasaran meluas yang dikaburi kebimbangan mesyuarat FOMC Amerika Syarikat (AS).

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.51 mata pada 1,461.18 daripada penutupan Selasa pada 1,463.69.

Indeks dibuka kukuh 0.44 mata pada 1,464.13.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 161 mengatasi kaunter untung pada 129, manakala 222 kaunter pula tidak berubah, 1,778 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 176.28 juta unit bernilai RM62.93 juta.

Ulas nota Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran buat masa ini dipenuhi kebimbangan dengan mesyuarat FOMC dan bacaan data keluaran dalam negara kasar (GDP) AS akan dikeluarkan pada Khamis.

Rentetan itu, firma menjangkakan saham dengan ciri-ciri defensif menjadi pilihan dengan amanah pelaburan hartanah dan sektor pengguna memperlihatkan pergerakan dalam ketidaktentuan pasaran.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM8.79, RM4.60 dan RM 6.43 sementara Petronas Chemicals Group Bhd kurang 0.5 sen pada RM8.57 dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 1 sen pada RM5.19.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik Holdings Bhd dan Sapura Energy Bhd kekal pada 11 sen dan 4.5 sen sementara  Metronic Global Bhd, Pertama Digital Bhd dan Destini Bhd maju 0.5 sen masing-masing pada 10.5 sen, 88 sen dan 11 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Index menyusut 14.24 mata pada 10,361.51, indeks FBM Emas Shariah mengurang 20.50 mata pada 10,401.49, indeks FBMT 100 menurun 15.70 mata pada 10,118.15, FBM ACE merudum 23.82 mata pada 4,705.88 dan FBM 70 melemah 12.18 mata pada 12,391.50.

Segi sektor, indeks Perladangan menurun 6.57 mata pada 6,843.19, indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 2.12 mata pada 16,483.90 dan indeks Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.69 mata pada 176.71 sementara indeks Tenaga meraih 3.09 mata pada 644.17.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat