Bursa Kecundang Semula, Lampu Merah Menyala Hiasi Papan Carta

285

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.72 mata pada 1,581.42 daripada penutupan Rabu pada 1,586.14.

Indeks dibuka rendah 0.58 mata pada 1,585.56.

Ia dibuka mengundur daripada keuntungan semalam ekoran sentimen pasaran yang dalam kebimbangan selain mengambil isyarat lemah pada Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 243 berbanding 192, manakala 202 kaunter pula tidak berubah, 1,701 tidak didagangkan dan 35 digantung.
Jumlah perolehan pada 127.61 juta unit bernilai RM92.96 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata krisis Rusia-Ukraine menyebabkan pasaran Wall Street menyusut ke rekod terendah baharu.

Walaupun terdapat penurunan, bursa tempatan dijangka akan mengekalkan trend pada paras 1,580-1595 pada hari ini.

Tambahnya, kaunter minyak dan gas terus menjadi perhatian dengan minyak mentah Brent naik US$97 setong dan harga minyak menta ditutup pada paras RM6,500 setong.

Saham berwajaran tinggi Maybank hilang 2 sen pada RM8.75, Public Bank; CIMB dan IHH Healthcare turun 3 sen pada RM4.33; RM5.52 dan RM6.27 sementara Petronas Chemiclas susut 5 sen pada RM9.18.

Saham aktif memperlihatkan Dagang Nexchange turun 2 sen pada RM1.19 sementara Jag Bhd tambah 0.5 sen pada 36.5 sen dan Jaya Tiasa naik 2.5 sen pada 91.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas turun 33.45 mata pada 11,295.45, FBM Emas Shariah jatuh 33.05 mata pada 11,999.24, FBM ACE susut 41.27 mata pada 6,056.82, FBM 70 tolak 35.30 mata pada 13,481.89 dan FBMT 100 layu 35.00 mata pada 10,961.34.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.93 mata pada 208.85, indeks Perkhidmatan Kewangan melayu 37.72 mata pada 16,301.48 dan indeks Perladangan mekar 24.18 mata pada 7,894.22.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat