Bursa Kedua Terbesar Jerman Tawar Perlindungan Kripto! BTC Sedia Meroket?

262

“Kalau ada sentimen positif yang lain mesti dapat naikkan lagi harga BTC kan?”

Sebuah bursa saham di Jerman, Boerse Stuttgart Digital mengumumkan bahawa anak syarikatnya blocknox GmbH telah memperoleh lesen terakhir daripada Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Persekutuan Jerman (BaFin) sebagai pelindung mata wang kripto.

Perkembangan tersebut berlaku apabila pasaran saham global menyaksikan sedikit pemulihan selepas beberapa bank mengalami keruntuhan sekelip mata sejak kebelakangan ini.

Suka dimaklumkan lesen itu dapat memberi impak positif terhadap pergerakan harga Bitcoin (BTC) susulan Boerse Stuttgart Digital mempunyai kuasa untuk memberi akses kripto kepada para pelabur institusi.

Rentetan itu, bursa saham kedua terbesar di Jerman tersebut menjangkakan bank Eropah, broker ataupun pengurus aset akan mengaplikasikan penyelesaian perdagangan dan perlindungan yang dilaksanakan mereka.

Menurut Matthias Voelkel, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boerse Stuttgart Group berkata bahawa mereka adalah contoh pertama peserta pasaran yang kukuh memperoleh lesen untuk memegang aset digital dalam jagaan.

Oleh demikian, Boerse Stuttgart Group pada September 2022 mendedahkan bakal menawarkan perkhidmatan perlindungan untuk BTC dan Ethereum (ETH), di mana ia akan disediakan untuk pelabur institusi terlebih dahulu.

Terdahulu, pengendali bursa Nasdaq berhasrat melancarkan perkhidmatan perlindungan kripto, namun ia dijangka akan dikeluarkan pada akhir suku kedua dan langkah itu berupaya luaskan skop perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat