Bursa Kembali ‘Menghijau’ Walaupun Prestasi Semalaman Wall Street Lemah

99

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 4.84 mata pada 1,588.68 daripada penutupan Isnin pada 1,583.84.

Indeks dibuka 2.12 mata pada 1,585.96.

Ia dibuka dalam wilayah ‘hijau’ apabila harga minyak terus dalam unjuran positif walaupun prestasi semalaman Wall Street dan pasaran serantau lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 241 berbanding 133, manakala 269 kaunter pula tidak berubah, 1,569 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 223.30 juta unit bernilai RM116.13 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan dalam unjuran kenaikan buat 5 hari berturut-turut walaupun pasaran serantau dalam prestasi lemah.

Hujarnya, aktiviti profit-taking mungkin muncul dalam masa terdekat ini berdasarkan keadaan semasa, selain turut menjangkakan indeks berada pada julat 1,575 ke 1,590.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Press Metal dan Sime Darby Plantation naik 9 sen pada RM6.79 dan RM4.33, IHH Healthcare tambah 7 sen pada RM6.57 dan PPB Group macu 30 sen pada RM16.90.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy kekal pada 4.5 sen, Dagang NeXchange naik 2 sen pada RM1.17, AHB tambah 1.5 sen pada 23 sen dan KNM lonjak 0.5 sen pada 18.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE turun 7.77 mata pada 6,241.73, FBM 70 macu 44.64 mata pada 13,704.70, FBM Emas tambah 36.58 mata pada 11,358.30, FBMT 100 canak 34.13 mata pada 11,040.18 dan FBM Emas Shariah mekar 56.1625.70 mata pada 12,078.93.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 8.80 mata pada 16,392.16, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 1.34 mata pada 211.77 dan indeks Perladangan mencapai 76.03 mata pada 7,361.39.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat