Bursa Malaysia Bercampur Warnai Pembukaan Awal Minggu

117

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.11 mata pada 1,604.05 daripada penutupan Jumaat pada 1,603.94.

Indeks dibuka kuat 2.33 mata pada 1,606.27.

Ia dibuka bercampur-campur di pagi Isnin, disokong aktiviti bargin-hunting pada saham wajaran tinggi terpilih yang diketuai oleh Petronas Chemicals Group Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd semasa kebimbangan perang geopolitik dan sentimen yang lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 220 berbanding 167, manakala 200 kaunter pula tidak berubah, 1,676 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 152.02 juta unit bernilai RM82.02 juta.

Public Investment Bhd menyatakan pasaran Wall Street bergelora dengan S&P 500 jatuh 0.8% dan Nasdaq susut 1.7%.

Tambahnya, pelabur kini sedang mencari aset selamat seperti bon kerajaan Amerika Syarikat (AS), emas dan dolar.

Selain itu, KLCI dijangka akan berada di paras 1,622 ke 1,600 dengan paras sokongan indeks pada 1,551 ke 1,600 dan paras rintangan pada 1,620 ke 1,652.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals naik 20 sen pada RM10.24 sementara Press Metal tambah 3 sen to RM7.25 dan Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd serta IHH Healthcare Bhd kekal pada RM9, RM4.42 dan RM6.60.

Saham aktif memperlihatkan Hibiscus Petroleum Bhd naik 6 sen pada RM1.30, Euro Holdings Bhd canak 3.5 sen pada 38.5 sen dan Velesto Energy Bhd tambah 0.5 sen pada 13.0 sen.

Di papan indeks, FBM Emas turun 8 mata pada 11,333.51, FBM 70 undur 51.34 mata pada 13,135.85, FBMT 100 susut 8.45 mata pada 11,022.59 dan FBM ACE layu 32.79 mata pada 5,475.27 sementara FBM Emas Shariah kukuh 0.32 mata pada 12,079.69.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengukuh 1.19 mata pada 214.41, indeks Perkhidmatan Kewangan mengecut 36.84 mata pada 16,356.39 dan indeks Perladangan menyusut 33.71 mata pada 8,513.80.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat