Bursa Malaysia Bergerak Tidak Ketara, Ekonomi China Jejas Pasaran Tempatan

323

Pasaran Bursa Malaysia dilihat tidak berubah semasa sesi dagangan pagi tadi disebabkan oleh sentimen pasaran kini lebih berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Tepat jam 9.35 pagi tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.34 mata kepada 1,511.68 daripada 1,511.34 ketika ditutup semalam.

Indeks barometer itu dibuka 1.03 mata lebih rendah kepada 1,510.31.

Sentimen pasaran pula adalah negatif dimana kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 268 berbanding 217. Manakala, 327 kaunter tidak berubah, 1,437 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 55.53 juta unit yang bernilai RM247.64 juta.

Menurut Malacca Securities, sentimen pasaran di China yang perlahan boleh menjejaskan pasaran tempatan dan aktiviti pengambilan untung boleh berterusan dalam masa terdekat.

Mereka juga menjelaskan walaupun kebanyakan indeks sektor mencatatkan pergerakan rendah pada ketika ini berikutan pengambilan untung, namun pihaknya menjangkakan pembelian semasa harga murah muncul dalam sektor pembinaan, hartanah dan bahan binaan.

Ia disebabkan oleh sokongan dagangan iaitu projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang dilaksanakan di samping perkembangan berterusan di Johor.

Antara yang berwajaran tinggi, TNB naik dua sen kepada RM10.76, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM6.15, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM6.71, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM19.20, Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu sen kepada RM9.31 dan RM4.40. CIMB turun tiga sen kepada RM6.20.

Bagi saham aktif, Wentel Engineering meningkat 1.5 sen kepada 27.5 sen, Minetech naik setengah sen kepada 14 sen, TWL Holdings tidak berubah pada empat sen dan Reneuco susut satu sen kepada 8.5 sen.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah susut 0.89 mata kepada 901.07, Indeks Perladangan meningkat 22.22 mata kepada 7,178.43, dan Indeks Tenaga naik 1.32 mata kepada 870.99.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.79 mata kepada 16,959.45 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.01 mata kepada 171.82.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat