Bursa Malaysia Dibuka Rendah

132

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini susulan daripada penyongsangan keluk hasil bon Amerika Syarikat yang membawa kepada kebimbangan pelabur terhadap tanda-tanda kemelesetan ekonomi.

Indeks penanda aras utama FBM KLCI jatuh 13.93 mata kepada 1,586.38 daripada 1,600.31 ketika ditutup semalam.

Jumlah dagangan sebanyak 126.59 juta bernilai RM126.59 juta dengan 490 kaunter rugi mengatasi 24 kaunter untung manakala 113 kaunter tidak berubah.

Ekuiti global mengalami kejatuhan berikutan kemerosotan di Wall Street akibat hasil bon perbendaharaan 10 tahun AS jatuh lebih rendah daripada hasil bon perbendaharaan 2 tahun buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun dan ia dilihat sebagai tanda kemelesetan ekonomi oleh pelabur.

Saham Asia yang mengalami pemulihan semalam turut terkena tempias sentimen pasaran global dengan Nikkei Jepun jatuh 2% manakala Indeks Komposit Shanghai susut 0.88% dan saham Australia jatuh 19%.

Antara saham yang turut terkesan di bursa tempatan ialah Nestle jatuh 30 sen kepada RM147, Carlsberg susut 38 sen kepada RM24.14 dan F&N turun 26 sen kepada RM34.32.

Selain itu, Aeon Credit susut 36 sen kepada RM15.84 dan Public Bank turun 28 sen kepada RM20.52 manakala Petronas Chemical jatuh 19 sen kepada RM7.12.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat