Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan

154

Sesi awal dagangan di Bursa Malaysia hari ini dibuka tinggi sejajar dengan pasaran serantau berikutan jangkaan ekonomi global ke atas rangsangan ekonomi utama mengurangkan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Petunjuk aras utama FBM KLCI naik 2.20 mata kepada 1598.65 daripada 1.596.45 ketika ditutup semalam dengan jumlah dagangan 205.36 juta unit bernilai RM86.91 juta.

Secara keseluruhan di pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu masing-masing pada 170 dan 102 manakala 206 kaunter tidak berubah.

Pasaran Asia positif dengan keuntungan yang diraih susulan terdapat tanda-tanda bahawa pertikaian perdagangan AS dan China akan reda dan jangkaan terhadap rangsangan oleh beberapa negara mengurangkan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Nikkei Jepun naik 0.47% manakala Indeks luas Asia Pasifik MSCI di luar Jepun meningkat 0.04% dan Indeks Komposit Shanghai naik sedikit 0.01%.

Bagi pasaran tempatan, F&N naik 40 sen kepada RM35.20 dan Petronas Gas menambah 24 sen kepada RM16.22. Digi menokok 2 sen kepada RM4.99 manakala Axiata tetap pada RM4.89.

Selain itu, Indeks FBM Emas naik 13.10 mata kepada 11,320.99, Indeks FBM Emas Syariah raih 19.31 mata kepada 11,859.64 dan Indeks FBMT 100 menokok 11.84 mata kepada 11,154.74.

Sementara itu, tindakan beberapa negara dalam mengatasi kemelesetan global dengan melaksanakan rangsangan terhadap ekonomi menyebabkan dolar AS meningkat.

Berikutan keadaan ini, ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS disebabkan permintaan yang berkurangan. Unit tempatan berada pada paras 4.1780/1830 daripada 4.1750/1790 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9182/9240 daripada 3.9183/9228 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0125/0176 daripada 3.0144/0184.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat