Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Lagi, Aliran Pasaran Serantau Kekal Cemerlang

243

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari bagi menjejaki kebanyakan pasaran rakan serantaunya.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.53 mata (0.35%) kepada 1,550 daripada ia ditutup 1,544.02 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.49 mata lebih rendah pada 1,543.53 dan kini bergerak antara 1,540.77 hingga 1,550.53 semasa sesi dagangan pagi tadi.

Sentimen pasaran secara meluas adalah sekata dengan kaunter untung dan rugi tidak jauh beza pada 465 berbalas 463. Manakala, 457 kaunter tidak berubah, 989 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.69 billion unit yang bernilai RM1.31 billion.

Menurut Maybank Investment Bank, fasa penyatuan dalam sektor pengguna dan utiliti nampaknya telah berakhir dan aktiviti pengambilan untung telah bermula dalam sektor pembinaan.

Secara teknikal, KLCI dijangka bergerak dalam julat antara 1,530 hingga 1,550 mata pada hari ini dengan diletakkan paras sokongan pada 1,525 dan 1,508 mata.

Sementara itu, saham wajaran tinggi seperti Sime Darby Bhd dan Telekom Malaysia Bhd meningkat lapan sen setiap satu masing-masing kepada RM2.60 dan RM6.07, MISC Bhd menambah 12 sen kepada RM7.78, Tenaga Nasional Bhd meningkat 16 sen kepada RM11.54 dan YTL Power International Bhd naik 24 sen kepada RM22.04.

Bagi saham aktif, Alpha IVF Group Bhd menokok setengah sen kepada 33 sen, Ahmad Zaki Resources Bhd menokok tiga sen kepada 25 sen, Zantat Holdings Bhd naik satu sen kepada 50 sen dan SNS Network Technology Bhd meningkat enam sen kepada 35 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 33.23 mata kepada 11,641.86, Indeks FBMT 100 mengukuh 32.95 mata kepada 11,282.9, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 43.09 mata kepada 11,723.98 dan Indeks FBM 173.6 bertambah baik kepada 113.13.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat