Bursa Malaysia Kekal Negatif, Ketegangan Geopolitik Terus Meningkat

215

FBM KLCI mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah pada Isnin sejajar dengan kebanyakan rakan serantau dan dibebani oleh ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.46 mata kepada 1,544.58 daripada 1,551.04 pada penutup minggu lepas.

Indeks penanda aras dibuka 5.59 mata lebih rendah kepada 1,545.45 dan ia bergerak antara 1,542.97 hingga 1,548.34 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran meluas adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 943 berbalas 180. Manakala, 303 kaunter tidak berubah, 926 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.7 billion unit yang bernilai RM1.64 billion.

Kebanyakan pasaran serantau utama juga turut merendah pada tengah hari yang menyaksikan Nikkei Jepun merosot 1.03% kepada 39,114.88, Indeks Straits Times Singapore susut 1.07% kepada 3,182.33, Kospi Korea Selatan susut 0.78% kepada 2,660.94 dan Indeks Hong Kong turun kepada 5.9.4%.

Sementara itu, pasaran tempatan memaparkan Maybank Bhd menambah satu sen kepada RM9.66, kedua-dua Public Bank Bhd dan Tenaga Nasional Bhd susut empat sen masing-masing kepada RM4.14 dan RM11.66, IHH Healthcare Bhd susut tiga sen kepada RM6.06 dan CIMB Group holdings Bhd kekal pada RM6.61.

Antara saham aktif, Harvest Miracle Capital Bhd dan Bina Puri Holdings Bhd masing-masing tidak berubah pada 12 sen dan lapan sen.

Dagang NeXchange Bhd susut satu sen kepada 40.5 sen, SNS Network Technology Bhd susut tiga sen kepada 38 sen dan Velesto Energy Bhd menokok setengah sen kepada 28 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 78.14 mata kepada 11,619.68, Indeks FBMT 100 68.08 mata lebih rendah pada 11,258.84, Indeks FBM Emas Shariah susut 84.95 mata kepada 11,778.04, FBM ACE junam 10.644 mata kepada 4,997.68 manakala Indeks FBM 70 melepaskan 184.16 mata kepada 16,208.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat