Bursa Malaysia Lancar F4GBMS

345

Bursa Malaysia Bhd dan FTSE Russell, penyedia indeks global terkemuka, hari ini melancarkan indeks FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah (F4GBMS) untuk menjadi asas bagi pengurus dana dalam membangunkan produk pelaburan baharu terdiri daripada portfolio ekuiti patuh Shariah yang dibimbing oleh prinsip pelaburan mampan.

Penyelesaian pelaburan tersebut termasuk Dana ESG Mustadamah ditubuhkan oleh MIDF Asset Management yang menggabungkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dilancarkan pada bulan lalu.

Komposisi indeks berkenaan terdiri daripada 54 syarikat-syarikat konstituen pada bulan lalu, dikaji pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.

“Indeks bercirikan ESG baharu ini dibentuk untuk mengesan syarikat-syarikat konstituen dalam Indeks F4GBM yang mematuhi Shariah, menurut metodologi saringan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Kami gembira kerana menawarkan versi Shariah daripada indeks F4GBM, ia telah memainkan peranan penting dalam mengenali syarikat tersenarai awam yang telah mengambil langkah untuk memperbaiki amalan dan pengisytiharan ESG mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dalam satu kenyataan semalam.

Bernama melaporkan, pelancaran indeks itu menekankan komitmen Bursa Malaysia dalam memenuhi keperluan pengindeksan pasaran berikutan fokusnya kepada kepelbagaian dan
pengembangan penawaran indeks untuk memasukkan lebih indeks bertema.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Mampan FTSE Russell, APAC, Helena Fung berkata, indeks FTSE4Good mempunyai rekod prestasi yang kukuh untuk mendorong peningkatan prestasi kemampanan korporat dengan melonjakkan syarat kelayakan dari semasa ke semasa.

“Bekerja dengan rakan kongsi kami di Bursa Malaysia adalah penting untuk kami menambahkan versi patuh Shariah daripada indeks F4GBM yang popular untuk
memenuhi permintaan pelabur untuk penyelesaian indeks ESG dan patuh Shariah,” jelasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat