Bursa Malaysia ‘Mengganas’ Pada November, Capai Nilai RM5.4 Bilion!

647

Dilaporkan terkini bahawa pelabur asing membeli bersih bon dan sekuriti hutang Malaysia pada November 2023 sebanyak RM5.4 billion buat pertama kalinya dalam tempoh empat bulan.

Menurut Kenanga Research, peningkatan permintaan untuk bon Malaysia adalah didorong oleh selera risiko yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur untuk aset pasaran baharu muncul disebabkan oleh prestasi rendah dalam penunjuk makroekonomi Amerika Syarikat (AS) dan isyarat kurang agresif Federal Reserve (Fed).

Katanya lagi, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00% bersama-sama dengan perbezaan hasil bon 10 tahun Malaysia dan AS yang lebih sempit telah meningkatkan minat pelabur asing.

Selain itu, dinyatakan juga aliran masuk pada November itu didorong oleh kemasukan pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB).

Pelabur asing beralih daripada menjadi penjual bersih pada Oktober kepada menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada November yang bernilai RM1.6 bilion. Ia merupakan angka terbesarnya dalam 15 bulan.

Bursa Malaysia menyaksikan aliran masuk yang besar daripada sektor utiliti dan penjagaan kesihatan, mengatasi aliran keluar berturut-turut daripada sektor produk dan perkhidmatan pengguna.

Peralihan itu juga boleh dikaitkan terutamanya dengan keyakinan kukuh pasaran bahawa Fed telah mencapai kemuncak kitaran pengetatan dasarnya dan dijangka menuju ke arah fasa pelonggaran dasar pada tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat