Bursa Malaysia Merosot Sederhana Di Penutup Sesi Pagi, KLCI Hilang 0.04 Mata

246

Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terutamanya saham perbankan dan utiliti.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.04 mata kepada 1,553.20 daripada ia ditutup 1,553.24 pada Khamis.

Indeks penanda aras dibuka 2.17 mata lebih rendah pada 1,551.07 dan ia berlegar-legar antara 1,547.96 hingga 1,555.42 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 531 berbalas 368. Manakala, 425 kaunter tidak berubah, 996 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.43 billion unit yang bernilai RM1.23 billion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran kini memberikan tumpuan kepada saham kecil dan saham rendah memandangkan firma tempatan itu berada pada posisi tertinggi untuk minggu ke-52.

Walau bagaimanapun, fokus pasaran tertumpu dalam sektor minyak dan gas, emas serta harga asas firma masing-masing.

Dalam saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd susut lima sen kepada RM9.64, Public Bank Bhd susut tiga sen kepada RM4.18, CIMB Group Holdings Bhd tidak berubah pada RM6.65, Tenaga Nasional Bhd turun empat sen kepada RM11.46, tetapi Petronas Chemicals Group Bhd naik empat sen kepada RM6.79.

Bagi saham paling aktif, Velesto Energy Bhd susut 2.5 sen kepada 28 sen, TDM Bhd naik setengah sen kepada 33 sen, tetapi Bina Puri Holdings Bhd tidak berubah pada lapan sen, dan Dagang NeXchange Bhd menambah satu sen kepada 37 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 4.10 mata kepada 11,684.86, Indeks FBMT 100 berkurangan 0.16 mata kepada 11,322.03, dan Indeks FBM Emas Shariah memperoleh semula 17.64 mata kepada 11,839.71.

Indeks FBM 70 menokok 0.18 mata kepada 16,300.62, tetapi Indeks FBM ACE turun 46.80 mata kepada 4,949.75.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 53.96 mata kepada 17,241.80, Indeks Perladangan meningkat 30.18 mata kepada 7,436.67, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.42 mata kepada 184.54. Manakala Indeks Tenaga susut 10.00 mata kepada 97.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat