Bursa Malaysia Merudum Sejak Pembukaan, Sempat Naik Sekejap

329

Pasaran Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi tadi lebih tinggi di saat suasana dagangan sedang tenang menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada hujung minggu.

Tepat jam 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit 1.27 mata kepada 1,513.63 daripada 1,512.36 semalam.

Indeks barometer dibuka 1.46 mata lebih tinggi pada 1,513.82 dan bergerak antara 1,509.56 hingga 1,514.72 sepanjang hari.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 398 berbanding 347. Manakala, 393 kaunter tidak berubah, 1,149 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Hasil jumlah dagangan adalah berjumlah 1.29 bilion unit yang bernilai RM620.1 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pembelian asing kekal ketara dan beliau percaya bursa tempatan disokong dengan baik pada paras semasa.

Pada hari ini, dia menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,510 hingga 1,520. Sementara itu, harga minyak mentah meningkat apabila konflik Gaza semakin meruncing dengan minyak mentah Brent berada dalam aliran hampir $82 per tong.

Antara saham wajaran tinggi, CelcomDigi Bhd menokok dua sen kepada RM4.24, Tenaga Nasional Bhd tidak berubah pada RM10.78, Press Metal Aluminium Holdings Bhd tidak berubah pada RM4.62, Malayan Banking Bhd susut satu sen kepada RM9.25, IHH Healthcare Bhd turun satu sen kepada RM6.12 dan Petronas Chemicals Group Holdings Bhd susut satu sen kepada RM6.70.

Bagi saham aktif, Dataprep Holdings Bhd naik 1.5 sen kepada 14.5 sen, HE Group Bhd naik satu sen kepada 40 sen, Perdana Petroleum Bhd naik 1.5 sen kepada 27 sen, Widad Group Bhd tidak berubah pada 12.5 sen dan TWL Holdings Bhd tidak berubah pada empat sen serta Reneuco Bhd susut 1.5 sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.82 mata kepada 11,247.75 dan Indeks FBMT 100 meningkat 11.97 mata kepada 10,909.45.

Indeks FBM ACE meningkat 10.25 mata kepada 4,782.06, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 21.59 mata kepada 11,287.42 dan Indeks FBM 70 meningkat 28.38 mata kepada 15,197.61.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan naik 3.78 mata kepada 7,201.69 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 38.12 mata kepada 16,878.77.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.07 mata kepada 172.16, Indeks Hartanah menambah 4.02 mata kepada 909.12 dan Indeks Tenaga menambah 8.24 mata kepada 888.94.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat