Bursa Malaysia ‘Rebound’

288

Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, dipacu oleh momentum belian saham-saham berharga rendah yang berterusan.

Pada 9.13 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.07 mata kepada 1,604.47 selepas melepasi paras 1,600 dengan mencecah 1,602.40 pada akhir dagangan semalam.

Lapor Bernama, indeks penanda aras itu meningkat 5.46 mata kepada 1,607.86 pada 9 pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 214 berbanding 256 manakala 361 kaunter lain tidak berubah, 1,401 tidak didagangkan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 736.31 juta saham bernilai RM318.14 juta.

Sementara itu, firma pembrokeran Rakuten Trade menjangkakan indeks utama itu akan meningkat dalam dagangan hari ini namun pada jajaran kecil sekitar 1,595 hingga 1,605.

“Di peringkat global, sentimen di Wall Street kekal tidak menentu apabila ketiga-tiga indeks merosot selepas mencatat peningkatan pada sesi sebelumnya.

“Walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) lebih rendah, aktiviti jualan ternyata ketara selepas Nasdaq susut 2% manakala DJI Average merosot tiga mata. Berikutan itu, kami menjangkakan pasaran serantau juga tidak banyak berubah apabila ketidaktentuan pasaran menjadi lebih ketara pada hari ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan PBBank masing-masing naik satu sen kepada RM8.25 dan RM4.19, PChem menambah lima sen pada RM8.12, Tenaga sebaliknya susut dua sen kepada RM10.80, IHH rugi satu sen kepada RM5.33 manakala CIMB turun tiga sen pada RM4.47.

Bagi saham aktif, BJCorp yang juga paling aktif pada pagi ini, menokok 3.5 sen kepada 32.5 sen, DNex dan warannya naik 1.5 sen kepada 99.5 sen dan 35.5 sen manakala YongTai rose dan PDZ tidak berubah masing-masing pada 27 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 14.10 14.10 mata kepada 11,767.89, FBMT 100 menambah 10.40 mata kepada 11,439.85, dan FBM Emas Syariah meningkat 10.20 mata kepada 13,075.54.

FBM ACE meraih 14.65 mata kepada 10,453.52 namun FBM 70 susut 2.85 mata kepada 15,444.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 42.10 mata kepada 15,308.87, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.82 mata kepada 191.94 manakala Indeks Perladangan menambah 18.51 mata kepada 7,181.56.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat