Bursa Malaysia Tepati Jangkaan

380

Bursa Malaysia dibuka tinggi secara keseluruhan pagi ini dengan pelabur memberi tindak balas positif terhadap Belanjawan 2021 yang diumumkan Jumaat lalu.

Pada 9.23 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 9.1 mata kepada 1,528.74 selepas dibuka 1.99 mata lebih tinggi pada 1,521.63.

Lapor Bernama, pergerakan harga keseluruhan pasaran amat menggalakkan dengan kaunter untung mengatasi rugi 524 berbalas 209 sementara 334 kaunter tidak berubah, 1,081 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 2.01 bilion bernilai RM727.69 juta.

Pengeluar sarung tangan getah Hartalega dan Top Glove muncul sebagai kaunter paling untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menyumbang 5.196 mata kepada FBM KLCI.

Hartalega melonjak 48 sen kepada RM18.68, sementara Top Glove meningkat 11 sen kepada RM8.61.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM7.24, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM15.32, sementara Tenaga dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM10.30 dan RM6.20.

Kaunter paling cergas pula, AT Systematization naik dua sen kepada 15 sen, Pegasus menambah satu sen kepada tiga sen, Lambo mengukuh setengah sen kepada 3.5 sen, sementara Sapura Energy kekal pada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 71.07 mata kepada 11,090.04, Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 67.41 mata kepada 10,880.69 sementara Indeks FBM Emas Shariah melonjak 104.23 mata kepada 13,379.64.

FBM 70 mengukuh 100.83 mata kepada 14,617.63 dan FBM ACE melonjak 183.24 mata kepada 11,157.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 48.28 mata kepada 12,342.74, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.69 mata kepada 150.48 dan Indeks Perladangan mengukuh 12.01 mata kepada 7.135.39.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat