Bursa Malaysia Terus Dibuka Rendah Susulan Ketidakpastian Hala Tuju Rundingan Perang Dagangan

173

Bursa Malaysia terus dibuka rendah pada sesi awal dagangan pagi ini berikutan ketidakpastian pelabur terhadap hala tuju rundingan perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9.35 pagi, indeks dibuka menyusut 4.7 mata kepada 1,586.14 daripada 1,590.84 ketika ditutup semalam dengan jumlah dagangan 320.702 juta unit bernilai RM149.672 juta. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu masing-masing pada 238 dan 165.

Pasaran tempatan lemah selari dengan prestasi saham Asia yang bercampur-campur susulan tiada perkembangan positif dalam rundingan dagangan antara AS dan China menyebabkan pelabur berhati-hati untuk memasuki pasaran.

Antara saham yang mencatat kerugian di bursa tempatan ialah Dutch Lady susut 88 sen kepada RM63.02 diikuti oleh Carlsberg turun 48 sen kepada RM25.44 dan Nestle rugi 40 sen kepada RM148.20.

Kuala Lumpur Kepong Bhd dan Padini masing-masing meningkat 18 sen kepada RM23.70 dan RM3.56. Petronas Gas Bhd meningkat 16 sen kepada RM15.52 manakala Petron Malaysia naik 9 sen kepada RM5.35.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah pada 4.2030/2080 berbanding dolar AS daripada 4.2020/2060 ketika ditutup semalam dipengaruhi oleh kelemahan mata wang yuan dan dihadkan oleh harga minyak yang kukuh.

Selain itu, Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0250/0291 daripada 3.0263/0303 manakala susut berbanding yen kepada 3.9741/9799 daripada 3.9728/9777.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat