Bursa Malaysia Teruskan Rentak Pendakian, Kekal Di Posisi Positif Sejak Awal Dagangan

205

Pasaran saham tempatan meningkat pada sesi pagi dirangsang oleh pemulihan positif di Wall Street sejurus selepas laporan yang lebih kukuh daripada jangkaan untuk sektor teknologi tertentu.

Pada jam 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 4.39 mata (0.28%) meningkat kepada 1,593.98 daripada penutup sebelumnya 1,589.59 pada Jumaat.

Sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan 513 berbalas 435. Manakala, 477 kekal tidak berubah.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street menunjukkan minat baharu disebabkan oleh data pekerjaan yang lebih rendah daripada jangkaan dan momentum positif oleh keputusan kewangan Apple serta program pembelian balik sahamnya.

Baru-baru ini, minat belian dalam sektor teknologi berkemungkinan akan berterusan dalam jangka pendek.

Di pasaran komoditi, minyak mentah Brent terus menjejaki semula kenaikan dan didagangkan berhampiran $83 per tong dan minyak mentah sawit (MSM) pula menyaksikan sokongan asas hampir RM3,800.

Sementara itu, saham wajaran tinggi seperti Maybank dan Public Bank masing-masing meraih tiga sen kepada RM9.83 dan RM4.15, CIMB naik dua sen kepada RM6.67, Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM12.40 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.29.

Bagi saham aktif, Iconic dan Ingenieur masing-masing naik setengah sen kepada 11 sen dan 12 sen, SNS naik 2.5 sen kepada 42 sen manakala Berjaya Corp menambah satu sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 38.18 mata kepada 12,008.29, Indeks FBMT 100 naik 33.02 mata kepada 11,630.14, Indeks FBM 70 menambah 39.76 mata kepada 16,776.78, Indeks FBM ACE meraih 20.49 mata kepada 5,155.04 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 25.25 mata kepada 12,218.55.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 63.36 mata kepada 17,353.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.75 mata kepada 191.59 manakala Indeks Tenaga sebaliknya susut 0.61 mata kepada 966.24 dan Indeks Perladangan turun 6.20 mata kepada 7,413.67.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat