Bursa Malaysia Tidak Berubah, Prestasi Wall Street Agak Perlahan

250

Hari ini, Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah disebabkan sentimen prestasi agak kurang menggalakkan di Wall Street semalaman.

Pada pukul 9 pagi tadi, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot sebanyak 0.24 mata kepada 1,462.13 daripada 1,462.37 pada Rabu.

Situasi pasaran secara menyeluruh menunjukkan negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 165 berbanding 158 manakala 297 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 290.01 juta unit yang bernilai RM98.13 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah secara amnya berikutan aktiviti pengambilan untung apabila sentimen ditentukan oleh tafsiran terhadap pendirian Federal Reserve (The Fed) AS mengenai kadar faedah.

Sementara itu, Dow Jones Industrial Average merosot 284 mata dan Nasdaq berkurangan 174 mata. Sebahagian besarnya disebabkan oleh jualan di Apple berlakunya penurunan taraf. Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.92%.

Selain itu, Indeks Hang Seng di Hong Kong mengekalkan trend penurunannya disebabkan oleh kemerosotan di Wall Street dan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah di AS. Pesimisme terhadap ekonomi China yang memulih juga mendorong jualan di Bursa Saham Hong Kong.

Di peringkat tempatan, Thong berkata FBM KLCI akan naik dan ditutup melebih paras 1,460 berikutan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah di sesi tengah hari semalam.

Katanya lagi, mereka menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,460 hingga 1,470 pada hari ini dan paras 1,465 sebagai kawasan sukar untuk ditembus. Jika ia berjaya dilepasi, paras 1,500 adalah sasaran seterusnya.

Daripada saham wajaran tinggi perbankan, Maybank dan Public Bank, masing-masing menambah 1.0 sen kepada RM8.90 dan RM4.28, PPB Group meningkat 12.0 sen kepada RM14.68, QL Resources naik 5.0 sen kepada RM5.78 dan CIMB merosot 1.0 sen kepada RM5.89.

YTL Power International meningkat 1.0 sen kepada RM2.81 dan Hong Leong Bank naik 2.0 sen kepada RM18.52.

Daripada saham aktif, Minetech meningkat 2.5 sen kepada 20.0 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 3.0 sen, MMAG naik 1.0 sen kepada 16 sen dan Edaran melonjak 24 sen kepada RM1.45.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.28 mata kepada 16,324.82, bagaimanapun Indeks Perladangan jatuh 6.26 mata kepada 7,006.38.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat