Bursa Masih ‘Berdarah’ Walaupun Pada Pertengahan Minggu

98

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.47 mata pada 1,557.63 daripada penutupan hari Selasa pada 1,570.10.

Indeks dibuka rendah 6.70 mata pada 1,563.40.

Bursa dilihat gagal mengekalkan keuntungan lewat sesi semalam apabila dibuka rendah hasil aktiviti profit-taking selepas mengambil isyarat dagangan tidak menentu pada Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 201 mengatasi kaunter untung pada 171, manakala 238 kaunter pula tidak berubah, 1,633 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 250.57 juta unit bernilai RM162.12 juta.

Nota Rakuten Trade Sdn Bhd menyatakan ekuiti seluruh dunia jatuh dengan kebimbangan inflasi dan kelembapan ekonomi dunia kembali yang ditambah juga dengan krisis makanan.

Tambahnya, bursa tempatan menyaksikan lonjakan mendadak pembelian asing pada KLCI semalam namun pada harini mungkin berlaku aktiviti profit-taking yang akan menyaksikan indeks berada dalam julat 1,560-1575.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd hilang 10 sen pada RM9.0 dan RM10.16, Public Bank Bhd jatuh 8 sen pada RM4.65, IHH Healthcare Bhd susut 9 sen pada RM6.61 dan CIMB Group Holdings Bhd turun 2 sen pada 5.13.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd susut 1 sen pada 7.5 sen sementara Serba Dinamik Holdings Bhd tambah 2 sen pada 12 sen, WZ Satu Bhd capai 1 sen pada 22 sen dan Focus Dynamics Group Bhd kekal 3 sen.

Di papan indeks, FBM ACE merosot 0.86 mata pada 5,184.78, indeks FBM Emas Shariah menurun 60.80 mata pada 11,448.83, indeks FBM Emas menyusut 68.71 mata pada 11,083.19, indeks FBMT 100 mengurang 71.59 mata pada 10,786.92 dan FBM 70 melemah 27.52 mata pada 13,211.60.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.86 mata pada 201.35, indeks Perladangan menurun 31.25 mata pada 7,932.73 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 166.80 mata pada 16,743.89.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat