Bursa Masih ‘Bullish’ Untuk Capai Paras 1,440 Hari Ini

38

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.01 mata pada 1,440.11 daripada penutupan hari Rabu pada 1,431.10.

Indeks dibuka kukuh 3.40 mata pada 1,434.50.

Bursa membuat lantunan dari penutupan rendah semalam untuk dibuka tinggi melepasi paras 1,440 hasil dorongan minat belian terhadap wajaran tinggi pada saham perladangan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 137 mengatasi kaunter rugi pada 96, manakala 184 kaunter pula tidak berubah, 1,849 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 144.93 juta unit bernilai RM60.99 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan terdapat lantunan sederhana pada hari ini memandangkan indeks berlegar di paras sokongan.

Beliau menjangkakan KLCI akan berada di paras 1,425 ke 1,445 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) capai 42 sen pada RM22.56, Sime Darby Plantation Bhd naik 9 sen pada RM4.13, IOI Corp Bhd mekar 8 sen pada RM3.81 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tambah 3 sen pada RM8.21 sementara  Petronas Dagangan Bhd kekal RM20.50.

Saham aktif memperlihatkan YX Precious Metals Bhd yang baru tersenarai capai 2 sen pada 30 sen, Dataprep Holdings Bhd naik 1 sen pada 20 sen, China Ouhua Winery Holdings Ltd dan Jade Marvel Group Bhd kekal pada 6.5 sen dan 9.1 sen sementara NWP Holdings Bhd susut 1.5 sen pada 27 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah mengukuh 63.10 mata pada 10,407.09, FBM 70 meningkat 55.52 mata pada 12,415.03, indeks FBM Emas Index memekar 57.671 mata pada 10,268.9, FBM ACE menambah 0.38 mata pada 4,715.87 dan indeks FBMT 100 melonjak 58.41 mata pada 10,010.75.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 88.29 mata pada 16,064.96, indeks Perladangan menambah 85.73 mata pada 6,875.36 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melonjak 1.09 mata pada 184.15.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat