Bursa Membuat Lantunan Mengejut Pagi Ini

243

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.54 mata pada 1,554.72 daripada penutupan hari Isnin pada 1,549.18.

Indeks dibuka kukuh 2.37 mata pada 1,551.55.

Bursa dilihat membuat lantunan mengejut dari kerugian hari Isnin apabila ia dibuka tinggi ekoran aktiviti bargain-hunting.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 470 mengatasi untung pada 120, manakala 241 kaunter pula tidak berubah, 1,412 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 444.24 juta unit bernilai RM212.97 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata bahawa walaupun pasaran menjangkakan aktiviti bargain-hunting namun sentimen pasaran kekal berhati-hati ekoran ketidaktentuan tinggi pada pasaran serantau.

Tambahnya, indeks KLCI dijangka berada di paras 1,540-1,555 pada hari ini berdasarkan indeks punutupan semalam pada paras 1,550 ekoran pembelian berterusan terhadap dana asing.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Gas Bhd tambah 28 sen pada RM17.16, Public Bank Bhd naik 8 sen pada RM4.64, PPB Group Bhd maju 30 sen pada RM16.68 dan Hartalega Holdings Bhd capai 11 sen pada RM4.39.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik Holdings Bhd kuncup 2.5 sen pada 8.5 sen, Ta Win Holdings Bhd kekal pada 13 sen dan Pertama Digital Bhd tambah 0.5 sen pada 94 sen sementara Hibiscus Petroleum Bhd hilang 5 sen pada RM1.32.

Di papan indeks, FBM ACE menyusut 33.59 mata pada 5,349.42, FBM 70 menurun 40.47 mata pada 13,184.08 dan indeks FBM Emas Shariah merudum 12.25 mata pada 11,515.72 sementara indeks FBMT 100 memacu 21.93 mata pada 10,766.23 dan indeks FBM Emas melonjak 3.83 mata pada 11,087.44.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencanak 52.67 mata pada 16,660.71, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 1.76 mata pada 198.43 dan indeks Perladangan merosot 48.79 mata pada 8,202.64.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat