Bursa Memperlihatkan Lantunan Mengejut Pada Awal Minggu

164

Bursa Malaysia memulakan dagangan awal pagi dengan satu lantunan selepas mengalami 2 sesi kerugian sebelum ini apabila muncul aktiviti bargain-hunting terhadap kebanyakan wajaran tinggi.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.15 mata pada 1,499.18 daripada penutupan Isnin pada 1,496.03.

Indeks dibuka baik 2.49 mata pada 1,498.52.

Di pasaran meluas, kaunter unutng pada 110 mengatasi kaunter rugi pada 92, manakala 201 kaunter pula tidak berubah, 1,870 tidak didagangkan dan 8 digantung.

Jumlah perolehan pada 152.39 juta unit bernilai RM36.45 juta.

Ulas naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng, KLCI dijangka berlegar pada julat 1,490-1,500 dengan anggaran pelabur memilih saham perladangan berdasarkan kelemahan ringgit yang menjadi pemangkin kepada harga minyak sawit mentah.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kumpul 2 sen pada RM8.90, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 1 sen pada RM8.74 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) naik 3 sen pada RM8.38 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.41 dan CIMB Group Holdings Bhd turut kekal pada RM5.28.

Saham aktif memperlihatkan G3 Global Bhd canak 1.5 sen pada 5.5 sen, BIG Industries Bhd capai 5 sen pada 81 sen, Olympia Industries Bhd naik 1 sen pada 8 sen dan Top Glove tambah 1 sen pada 99.5 sen sementara Ho Wah Genting Bhd susut 0.5 sen pada 14.5 sen dan Hextar Global Bhd jatuh 1 sen pada 35 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 18.95 mata pada 10,642.53, indeks FBMT 100 memaju 17.77 mata pada 10,389.60, indeks FBM Emas Shariah meraih 4.14 mata pada 10,771.23 dan FBM 70 melonjak 5.36 mata pada 12,757.19 sementara FBM ACE menyusut 3 mata pada 4,852.66.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 50.9 mata pada 16,703.68 dan indeks Tenaga meningkat 1.78 mata pada 654.31 sementara indeks Produk dan Perkhidmatan menurun 0.05 mata pada 182.58 dan indeks Perladangan melemah 13.72 mata pada 7,107.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat