Bursa Menuju Puncak, Gemilang Bercahaya Hijau

326

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.18 mata pada 1,553.78 daripada penutupan hari Selasa pada 1,548.6.

Indeks dibuka kukuh 5.55 mata pada 1,554.15.

Bursa melanjutkan keuntungan hari semalam pada sesi pagi ini dengan sokongan minat pembelian pada komoditi terpilih serta saham wajaran tinggi berkaitan minyak dan gas.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 213 mengatasi kaunter rugi pada 109, manakala 231 kaunter pula tidak berubah, 1,702 tidak didagangkan dan 11 digantung.

Jumlah perolehan pada 344.01 juta unit bernilai RM95.18 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pemulihan di bursa tempatan akan berlanjutan seiring lantunan di Wall Street semalaman ekoran data jualan runcit yang kukuh serta keyakinan terhadap pelonggaran sekatan di China.

Selain itu, mereka menjangkakan minat belian akan muncul di sektor teknologi berdasarkan rali kukuh pada Nasdaq.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM8.96 dan RM4.54, Petronas Chemicals Group Bhd maju 10 sen pada RM10.12, IHH Healthcare Bhd naik 7 sen pada RM6.50 dan CIMB Group Holdings Bhd capai 2 sen pada RM5.08.

Saham aktif memperlihatkan Malaysian Pacific Industries Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd maju 46 sen pada RM32.16 dan RM27.16, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd canak 23 sen pada RM6.94, Batu Kawan Bhd kumpul 18 sen pada RM27.50 dan Gas Malaysia Bhd lonjak 15 sen pada RM3.14.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 12.91 mata pada 5,376.15, indeks FBM Emas memacu 40.73 mata pada 11,101.14, indeks FBMT 100 mengukuh 39.31 mata pada 10,764.39, indeks FBM Emas Shariah mengembang 49.75 mata pada 11,599.02 dan FBM 70 menambah 62.06 mata pada 13,200.91.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 39.55 mata pada 16,574.04, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.56 mata pada 200.98 dan indeks Perladangan mencapai 34.62 mata pada 8,294.81.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat