Bursa Pancit Mendaki, Pengakhiran Minggu Bertukar Merah

218

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 1.22 mata pada 1,597.1 daripada penutupan hari Khamis pada 1,598.32.

Indeks dibuka lemah 0.25 mata pada 1,598.07.

Ia dibuka rendah menjelang penerbitan data inflasi Malaysia pada hari ini 22 April yang membuatkan pelabur beralih keluar dari pasaran.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 245 mengatasi untung pada 122, manakala 232 kaunter pula tidak berubah, 1,702 tidak didagangkan dan 25 digantung.

Jumlah perolehan pada 141.88 juta unit bernilai RM72.11 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran ekutiti Wall Street berundur dari keuntungan di sebalik keuntungan korporat yang kukuh.

Selain itu, mereka menjangkakan indeks tempatan mungkin berada di pasaran 1,590 ke 1,605 pada hari ini di sebalik ketidaktentuan serantau.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank tambah 2 sen pada RM8.90, Public Bank Bhd naik 1 sen pada RM4.68, Petronas Chemicals Group Bhd canak 8 sen pada RM10.46, IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.54 sementara Press Metal Aluminium Holdings Bhd hilang 13 sen pada RM6.46.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd susut 0.5 sen pada 4 sen sementara Pertama Digital Bhd, KNM Group Bhd, Saudee Group Bhd dan Widad Group Bhd kekal pada 90.5 sen, 17 sen, 6 sen dan 36.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menurun 19.42 mata pada 11,104.22, indeks FBM Emas melemah 22.27 mata pada 11,462.03, indeks FBM Emas Shariah berkurang 34.69 mata pada 12,099.79, FBM 70 merundum 68.68 mata pada 13,779.97 dan FBM ACE mengecut 26.36 mata pada 5,777.13.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengecil 0.76 mata pada 215.79, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 4.95 mata pada 16,716.82 dan indeks Perladangan menghilang 8.84 mata pada 8,596.26.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat