Bursa Punyai Sinar Namun Tersungkur Selepas Cuti Hari Kebangsaan

171

Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan selepas cuti Hari Kebangsaan dengan aktiviti profit-taking daripada keuntungan Selasa lalu, selain faktor sentimen kebimbangan di Wall Street melimpah ke pasaran tempatan.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.14 mata pada 1,496.91 daripada penutupan Selasa pada 1,512.05.

Indeks dibuka lemah 14.04 mata pada 1,498.01.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 286 mengatasi kaunter untung pada 96, manakala 216 kaunter pula tidak berubah, 1,690 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 232.37 juta unit bernilai RM134.28 juta.

Ulas Nota Malacca Securities Sdn Bhd sungguhpun indeks Bursa didagangkan positif pada Selasa lalu, sentimen kebimbangan terus menghantui pelabur dengan jangkaan kenaikan kadar agresif Federal Reserve cemarkan ketidaktentuan pasaran.

Atas faktor tersebut pasaran dijangka didagangkan rendah sehingga mesyuarat FOMC pada hujung bulan nanti.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 4 sen pada RM8.93, Public Bank Bhd jatuh 6 sen pada RM4.65 dan Petronas Chemicals Group Bhd turun 15 sen pada RM8.65 sementara CIMB Group Holdings Bhd tambah 3 sen pada RM5.40 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.20.

Saham aktif memperlihatkan Hibiscus Petroleum Bhd kurang 4 sen pada RM1.02 dan UMediC Group Bhd tambah 1.5 sen pada 69 sen sementara MNC Wireless Bhd kekal pada 1 sen, Serba Dinamik Holdings Bhd mendatar 3 sen dan Ta Win Holdings Bhd utuh 7 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 99.98 mata pada 10,597.67, indeks FBMT 100 mengurang 100.44 mata pada 10,348.99, FBM 70 menyusut 105.26 mata pada 12,607.18, FBM ACE merendah 56.42 mata pada 4,854.02 dan indeks FBM Emas Shariah Index merosot 122.24 mata pada 10,691.22.

Segi sektor, indeks Perladangan melemah 39.32 mata pada 7,154.35, indeks Produk dan Perkhidmatan mengurang 2.18 mata pada 180.02, indeks Tenaga menyusut 11.59 mata pada 716.95 dan indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 101.68 mata pada 16,700.24.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat