Bursa Saham Asia Dibuka Lemah Pada Hari Selasa

255

Bursa saham Asia dibuka sedikit lemah pada hari Selasa seiring dengan kejatuhan dalam bursa saham Eropah. Bursa Wall Street masih lagi ditutup berikutan cuti Marthin Luther King Jr.

Indeks ASX 200, Australia jatuh 0.26% berikutan kejatuhan saham sektor tenaga, utiliti, telekomunikasi dan kewangan.

Indeks Nikkei 225, Jepun sedikit jatuh iaitu sebanyak 0.01% dalam awal pembukaan dan mula melakukan peningkatan. Matawang US dolar mengukuh berbanding yen, selepas laporan indeks harga pengeluar Jepun sedikit mengecewakan.

Indeks juga dibuka lemah dengan kejatuhan sebanyak 0.07%. Indeks MSCI Asia Pasifik terbeban dengan kejatuhan saham bahan dasar dan saham tenaga.

Indeks Hang Seng, Hongkong dibuka kukuh 0.27%. Sebaliknya, indeks Shanghai Composite, China dibuka lemah 0.21%.

Pelabur memberi tumpuan pada isu pelombong yang ditekan harga bijih besi di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat