Bursa Saham Asia Dibuka Mendatar, Saham Malaysia Naik

83

Saham Global

Saham U.S ditutup rendah sedikit pada hari Rabu. Perkhidmatan telekomunikasi menjadi sektor yang mengalami keuntungan terbesar.

Index Dow Jones ditutup pada 23.526,18 iaitu susut 64.65 mata atau 0.27%. S&P 500 susut 1.96 mata atau 0.08 peratus kepada 2,597.07 dan Indeks Komposit Nasdaq menokok 4.88 mata atau 0.07% kepada 6,867.36.

Jumlah dagangan menyusut berikutan cuti umum Thanksgiving pada Khamis dan penutup awal pada Jumaat

Bursa saham Eropah juga ditutup lemah. Indeks European STOXX 600 turun 0.27% ke paras 387,06.

Bursa saham Asia pada hari ini, dibuka mendatar berikutan kelemahan bursa saham Eropah dan Wall Street. Kelemahan ini didorong oleh minit mesyuarata FOMC yang dikeluarkan.

Indeks ASX 200, Australia mendatar pada awal sesi dan jatuh sebanyak 4.31 mata. Manakala bursa saham Jepun ditutup kerana cuti pada hari ini. Indeks Kospi dibuka naik sebanyak 0.16% ke paras 2.544,45

Indeks Hang Seng di Hong Kong naik 0.10% ke paras 30.033,18. Indeks Shanghai Composite, China turun 0,16% ke paras 3.425,01.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir sesi semalam. Pentronas Dagangan Bhd mencatat keuntungan terbesar.

Menurut penganalisis sentimen pasaran secara menyeluruh meningkat hasil daripada prestasi pasaran saham utama dunia yang lebih baik didorong oleh keuntungan korporat yang kukuh, pertumbuhan global yang mantap dan persekitaran inflasi yang rendah.

Pada hari ini, setakat jam 11.20 pagi indeks KLCI naik 0.85 mata atau 0.05% kepada paras 1724.39.Naik daripada penutupan semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat