Bursa Saham Mengganas Hari Ini, Bursa Malaysia Meneruskan Momentum Positif

246

Saham Asia dibuka tinggi pada hari Khamis didorong oleh penutupan yang kukuh daripada bursa Wall Street.

Menurut pelabur Wall Street semalaman ditutup kukuh dengan disokong data perkilangan US yang positif menyebabkan keyakinan pelabur semakin meningkat terhadap pertumbuhan global.

Indeks S&P 500 melonjak naik 0.6% menjadi 2.713,06. Sektor teknologi mencatatkan kenaikan 1.1%. Pertama kali indeks S&P 500 ditutup di atas paras 2.700.

Saham Asia dibuka pada paras tertinggi 10 tahun berikutan data ekonom US dan Jerman yang kukuh. Indeks MSCI yang di luar Jepun naik 0.1%, menghampiri paras tertinggi tahun 2007.

Saham Australia juga mencapai paras satu dekad dekade tertinggi. Indeks Nikkei Jepun melonjak naik 2.0% pada hari ini, selepas kembali daripada cuti tahun baru. Sementara indeks Topix juga mencapai paras tertinggi sejak 1991.

Bursa Malaysia meneruskan momentum positif apabila dibuka tinggi dengan Indeks Komposit bergerak menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lebih 2 tahun didorong oleh sentimen pasaran global yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat