Bursa Tempatan Masih Suram, Ringgit Jatuh Lagi

183

Di sebalik sentimen memulih pasaran meluas Wall Street, Bursa tempatan mulakan dagangan pada pembukaan rendah.

Jelas Thong Pak Leng dari Rakuten Trade Sdn Bhd, berpandukan harapan inflasi Amerika Syarikat telah memuncak, pelabur mengharapkan kenaikan kadar yang lebih rendah pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu, KLCI dilihat gagal mencapai paras 1,500 dengan sentimen pasaran tempatan kekal berhati-hati selain aktiviti belian dijangka berterusan pada sektor teknologi termasuk kaunter telekomunikasi dan sektor minyak serta gas.

Dalam pada itu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.86 mata pada 1,497.1 daripada penutupan Isnin pada 1,497.96 dengan pembukaan lemah 0.56 mata pada 1,497.4.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 192 atasi kaunter rugi pada 113, manakala 233 kaunter pula tidak berubah, 1,803 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 290.1 juta unit bernilai RM87.81 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 3 sen pada RM9.02, CIMB Group Holdings Bhd dan IHH Healthcare capai 4 sen pada RM5.51 dan RM6.25 sementara Petronas Chemicals Group Bhd turun 7 sen pada RM8.82 dan Public Bank Bhd kekal pada RM4.62.

Saham aktif memperlihatkan CSH Alliance Bhd kurang 0.5 sen pada 4 sen, Impiana Hotels Bhd turun 1 sen pada 1.5 sen dan Aimflex Bhd naik 0.5 sen pada 13.5 sen sementara MQ Technology Bhd kekal pada 3.5 sen dan Vinvest Capital Holdings Bhd mendatar pada 20 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 1.86 mata pada 10,657.45, indeks FBMT 100 canak 0.91 mata pada 10,400.51, indeks FBM Emas Shariah kukuh 11.08 mata pada 10,734.03, FBM 70 capai 28.66 mata pada 12,872.63 dan FBM ACE tambah 16.53 mata pada 4,910.72.

Segi sektor, indeks Tenaga kukuh 2.17 mata pada 718.63 dan indeks Perladangan kumpul 30.08 mata pada 7,007.50 sementara indeks Produk dan Perkhidmatan susut 0.35 mata pada 184.83 dan indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 10.94 mata pada 16,874.88.

Sementara itu, Ringgit susut berbanding dolar pada 4.5030/5055 dari penutupan 4.5010/5045 Isnin lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat