Bursa Terima Tempias FOMC Untuk Dibuka Tinggi

175

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 12.34 mata pada 1,471.39 daripada penutupan hari Rabu pada 1,459.05.

Indeks dibuka kukuh 10.05 mata pada 1,469.10.

Bursa dibuka pada wilayah hijau, menjejaki rali semalaman Wall Street sebaik pengumuman Federal Reserve (Fed) Amerika Sayrikat (AS) berkenaan kenaikan kadar faedah 75 mata asas dalam membendung inflasi.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 344 mengatasi kaunter rugi pada 89, manakala 214 kaunter pula tidak berubah, 1,632 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 268.39 juta unit bernilai RM154.83 juta.

Nota Public Investment Bank Bhd menyatakan ekuiti AS dan harga bon kerajaan mengalami lantunan selepas 5 sesi kerugian selepas pegumuman Fed semalam yang melimpah ke bursa tempatan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) capai 5 sen pada RM8.68, Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM4.50, Petronas Chemicals Group Bhd maju 8 sen pada RM9.61, IHH Healthcare Bhd naik 6 sen pada RM6.25 dan CIMB Group Holdings Bhd tambah 7 sen pada RM5.03.

Saham aktif memperlihatkan Jade Marvel Group Bhd naik 1 sen pada 91.5 sen, LGMS Bhd tambah 4.5 sen pada 81.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) lonjak 2.5 sen pada 90 sen dan Unitrade Industries Bhd kumpul 1 sen pada 29.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 83.21 mata pada 10,514.97, indeks FBM Emas Shariah memacu 88.39 mata pada 10,705.57, FBM 70 memulih 95.97 mata pada 12,735.32, FBM ACE mencapai 40.10 mata pada 4,928.77 dan indeks FBMT 100 menambah 83.80 mata pada 10,237.83.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 120.29 mata pada 16,288.36, indeks Perladangan menambah 39.32 mata pada 7,421.82 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmata mengembang 1.82 pada 189.17.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat