Bye Amerika! Asia Bergabung Bentuk Blok Perdagangan Terbesar Dunia

14,565

Pada hari Ahad, lima belas ekonomi Asia Pasifik telah menandatangi perjanjian yang disokong oleh China untuk membentuk blok perdagangan bebas terbesar di dunia, merangkumi hampir sepertiga daripada ekonomi global.

Perjanjian yang dilihat akan memberi peluang untuk China meluaskan lagi pengaruhnya di rantau ini, dikenali sebagai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara, serta Korea Selatan, China, Jepun, Australia dan New Zealand.

Ia juga menandakan gabungan kali pertama antara tiga kuasa besar Asia Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan dalam satu perjanjian perdagangan bebas.

Kerjasama terbaru itu dijangka akan menghapuskan berbagai tarif ke atas import negara anggota dalam tempoh 20 tahun yang merangkumi peruntukan terhadap harta intelek, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, e-dagang dan perkhidmatan profesional.

Anggota RCEP merangkumi hampir satu pertiga daripada populasi dunia dan menyumbang 29% daripada ekonomi global. Blok perdagangan bebas baru ini akan menjadi lebih besar daripada Perjanjian AS-Mexico-Kanada dan Kesatuan Eropah (EU).

Kesepakatan ini tidak termasuk Amerika Syarikat yang menarik diri dari perjanjian perdagangan Asia Pasifik pada 2017 iaitu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), selepas Donald Trump memegang jawatan Presiden.

India turut menarik diri daripada rundingan RCEP pada November tahun lalu berikutan kebimbangan tarif yang rendah akan menjejaskan pengeluar tempatan. Bagaimanapun, para pemimpin ASEAN mengatakan pintu masih terbuka untuk menerima India semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat