Bye-Bye PlayStation, Sony Beri Fokus Kepada Permainan Komputer

374

‘Sony akhirnya akur kepada aliran trend semasa.’

Gergasi permainan video Jepun, Sony Corp merancang untuk memberi fokus kepada bidang pengkomputeran dan peranti mudah alih dalam mengekalkan identitinya sebagai peneraju utama industri permainan.

Perkara ini dinyatakan oleh Shuichi Mugitani, perancang pemasaran Sony, yang mengesahkan bahawa pengguna lebih mengemari permainan komputer (PC) berbanding konsol.

Ia secara tidak langsung membawa kepada pelancaran produk perkakasan (hardware) permainan PC, Inzone bulan lepas dan syarikat menyasarkan pada 2025 untuk mengeluarkan lebih banyak tajuk permainan berfokuskan PC dan mudah alih (mobile game).

Difahamkan juga bahawa Sony akan mengubah strategi perisian (software) kepada teras utamanya iaitu PlayStation.

Perubahan yang cuba dibawa Sony ini pasti berkait rapat dengan pasaran permainan yang menyaksikan jualan konsol hanya membentuk 13% daripada catatan $14.2 bilion semasa 2021.

Umumnya, Sony sangat terkenal dengan pengeluaran dan kejayaan produk PlayStation yang terjual hampir 100 juta unit sepanjang pengenalan konsul tersebut.

Sungguhpun begitu, sejak akhir-akhir ini trend permainan dilihat mula berubah ke bentuk mobile game seperti permainan media sosial.

Ia diburukkan lagi dengan penurunan permintaan terhadap permainan konsol selepas berakhirnya pandemik, sehingga memberi kesan mendalam kepada Sony.

Suka untuk dimaklumkan bahawa Sony telah menurunkan unjuran pendapatannya bagi tahun fiskal semasa dan menyatakan kemungkinan hilang peluang pertumbuhan jika terus berfokus kepada konsol.

Pada sisi berbeza, pesaing rapat Sony iaitu Microsoft juga dilihat ingin mengalihkan teras permainan konsol mereka, Xbox.

Ijmalnya, peralihan kepada PC dilihat semakin ‘rancak’ dalam kalangan pembangun dengan Presiden Capcom Haruhiro Tsujimoto menyatakan permainan komputer membawa kawasan jualan baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat