Capital A Catat Kerugian Bersih RM1.08 Bilion Pada Suku Pertama

3,810

‘Banyak turun tu. Yelah sempadan pun baru buka, so ambil masa sikit.’

AirAsia yang menjenamakan semula kepada Capital A Bhd melaporkan kerugian bersih sebanyak RM1.08 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2022 (1QFY22).

Mengikut pengiraan, Capital A mengalami kerugian sebanyak 10.35% berbanding suku sama tahun lalu sungguh pun hasil syarikat meningkat 2 kali ganda berdasarkan asas tahun ke tahun.

Pemfailan di Bursa melaporkan bahawa kerugian adalah disebabkan oleh kos operasi yang tinggi untuk bahan api dan penyelenggaraan serta kerugian lagi RM143.1 juta datang dari penyiapan pelan penstrukturan syarikat.

Beralih ke hasil syarikat, 1QFY22 mencatat RM812 juta bersamaan dengan 153% lebih tinggi berbanding suku sama tahun lalu, dengan hasil penerbangan melonjak 226% tahun ke tahun pada RM601 juta ekoran penambahbaikkan permintaan pada musim perayaan dan pembukaan semula sempadan.

Selain itu, Capital A turut menyaksikan peningkatan dalam semua perniagaannya semasa 1Q pada asas tahun ke tahun di mana;

  • Hasil cabang logistik syarikat, Teleport naik 58% pada RM147 juta.
  • Hasil perniagaan digital syarikat, Super App dan BugPay tambah 46% pada RM63.7 juta.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tony Fernandes menzahirkan rasa optimis dengan prospek syarikat selepas 2 tahun sempadan ditutup kerana Covid-19.

Selain itu, Fernandes menambah bahawa mereka telah melantik juruaudit bersih Ernst & Young Consulting pada 29 April lalu untuk menyelesaikan status Practice Note 17 (PN17) syarikat, yang terbaharu status ‘ketidakpastian material berkaitan usaha berterusan‘ Capital A telah ditukar.

Setakat pagi ini, saham Capital A didagangkan merah 3.76% pada 64 sen dengan nilai permodalan pasaran sebanyak RM2.66 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat