Capital A Umum 99% Permintaan Bayaran Balik Sudah Diselesaikan

233

‘Perghh, 99% tu, dah macam sabun Dettol. Satu saja nak tanya, baki 1% tu macam mana?’

Anak syarikat penerbangan Capital A Bhd, AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) menyatakan ia telah menyelesaikan lebih kurang 99% pertanyaan pelanggan dan permintaan bayaran balik penerbangan yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 sejak 2 tahun lalu.

Menurut kenyataan rasmi syarikat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bo Lingam, mereka telah berurusan dengan lebih 5 juta pelanggan sejak pandemik bermula, dan telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar permintaan berkaitan penerbangan yang dibatalkan, pengeluaran akaun kredit, bayaran balik tunai atau perubahan penerbangan.

Terangnya, secara purata kumpulan itu telah berhadapan dengan 200,000 orang setiap hari dan telah menyediakan bayaran balik tunai atau simpanan kredit kepada lebih 3 juta tempahan setakat ini.

Laporan syarikat menyatakan mereka telah menerima bayaran balik sebanyak RM7.6 bilion sejak 2020 dan berjaya menyelesaikan 99.2% daripada jumlah bayaran balik tunai dengan baki 0.8% lagi masih dalam proses.

Selain itu, Lingam memetik bahawa majoriti pelanggannya telah memilih akaun kredit yang mana akan diproses serta-merta dan sah sehingga 2 tahun untuk tempahan dari tarikh pengeluaran.

Kumpulan itu menjangkakan dengan penyambungan semula penerbangan domestik dan pembukaan semula sempadan, 88% daripada akaun kredit yang dikeluarkan telah digunakan seterusnya menandakan keyakinan pelanggan untuk perjalanan udara tidak lama lagi.

Setakat tengah hari tadi, saham Capital A naik 1 sen atau 1.53% pada 66.5 sen dengan modal pasaran syarikat pada RM2.77 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat