Cardano (ADA) Alami Penyusutan Harian Terbesar Sebanyak 10%

414

Setakat 10 pagi waktu tempatan, Cardano (ADA) mengalami penyusutan sebanyak 10.04% pada $0.4625, penurunan peratusan harian terbesar sejak 18 Mei.

Pada harga semasa, ADA masih menurun 85.08% daripada paras tertinggi sepanjang masanya, $3.10 yang dicatat pada 2 September 2021.

Berdasarkan penurunan tersebut juga, permodalan pasaran ADA berada pada $15.8233 bilion atau menyusut 1.32% daripada jumlah had pasaran mata wang kripto.

Sebagai rekod, catatan pernodalan pasaran tertinggi ADA pernah mencecah $94.8001 bilion.

Selain itu, sepanjang minggu lepas sahaja nilai ADA telah mengalami penyusutan sebanyak 13.41%.

Semasa artikel ini ditulis nilai Ada berada pada $0.4637, menurun 7.96%.

Dalam pada itu, jumlah nilai terkunci (TVL) turut menurun dengan pengurangan minat pelabur terhadap aplikasi desentralisasi (dApps) dan pembetulan pasaran meluas kripto.

Menurut laporan media Be[In]Crypto, ADA telah kehilangan $205 juta TVL sejak mencapai paras tertinggi sekitar $326 juta pada 24 Mac 2022, dan TVL semasanya setakat 26 Mei adalah pada $120.86 juta.

Pada sisi berbeza, harga Bitcoin (BTC) turut jatuh pada 0.96% pada $29,033.96 semasa artikel ini ditulis dan Ethereum (ETH) susut 4.41% pada $1,778.97.

Bagi permodalan pasaran BTC pula, setakat ini berada pada $553.804 bilion sementara ETH pada $215.324 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat