Cardano (ADA) Mahu Kolaborasi Dengan Solana (SOL)?

1,070

Solana (SOL) dan Cardano (ADA) menunjukkan prestasi yang luar biasa sejak kebelakangan ini dengan masing-masing merekodkan keuntungan bulanan 174% dan hampir 114% bagi tempoh masa yang sama.

Dalam perkongsian terbaru menerusi slot AMA, pengasas Cardano Charles Honskinson akui dia sebenarnya teruja untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Solana.

Honskinson juga tidak teragak-agak mahu mendapatkan ilmu daripada Solana menerusi twitnya pada Isnin dan ia disambut baik oleh pengasas bersama Solana, Raj Gokal.

Menurut Honskinson, pihak Solana telah mengongsikan beberapa pautan berkaitan dengan projek tersebut mereka.

Timbul keterujaan dalam kalangan komuniti Cardano jika ada potensi berlakunya integrasi atau mungkin kolaborasi pada masa akan datang, namun Honskinson segera menjelaskan bahawa keputusan itu bukan di dalam tangannya.

Sebaliknya, perkara itu merupakan bidangkuasa komuniti Cardano sama ada mahu bekerjasama dengan Solana atau tidak:

Jika pun berlaku seperti apa yang diharapkan, ia mungkin akan menfokuskan kepada salah satu bidang: sama ada kolaborasi ekonomi, kolaborasi kejuruteraan, atau kolaborasi saintifik.

Harga SOL dijangka akan terus mendaki ke paras lebih tinggi dalam masa beberapa minggu. Ketika penulisan, SOL merekodkan nilai dagangan $110.99, meningkat hampir 1% dalam 24 jam.

Jika berlaku kerjasama seperti yang diharapkan, mungkin Solana akan terus mencipta perkembangan dari aspek sokongan institusi.

Misalnya, Osprey Funds yang telah mendaftar dana Solana dengan Securities and Exchange Commission (SEC) pada bulan lepas. Manakala Grayscale pula pada Jun lalu ada membuat pengumuman bahawa sedang mempertimbangkan untuk menambah SOL sebagai sebahagian daripada portfolionya.

ADA ketika ini didagangkan pada $3, meningkat hampir 9% dalam 24 jam. Baru sebentar tadi ADA telah mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu dengan nilai $3.03.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat