Cardano (ADA) Merekodkan Aliran Masuk Yang Positif, Atasi Solana & Polkadot

705

Pada minggu lepas Cardano (ADA) mencatatkan aliran masuk dalam pasaran berjumlah $16.4 juta, meletakkan aset ini di kedudukan kedua berbanding altcoins lain, selepas Ethereum.

Diikuti dengan Solana yang menerima aliran masuk sebanyak $9.8 juta, Polkadot (5.2 juta), Ripple ($3.1 juta), dan aset lain-lain ($0.4 juta).

Bagaimanapun, Tron berduka dengan rekod aliran masuk paling rendah, -$1.0 juta.

Pada masa yang sama, Ethereum berjaya mencatatkan aliran masuk berjumlah $17.3 juta, bersama dengan rekod terbaru untuk aset bawah pengurusan (AUM) mencecah lebih $21 bilion untuk kali pertama.

Aliran masuk yang luar biasa dalam kebanyakan altcoins, terutama platform yang menyokong kontrak pintar menunjukkan pelabur intitusi meletakkan jangkaan positif masa depan teknologi kripto ini.

Seperti biasa Bitcoin masih kekal mendahului rekod aliran masuk tertinggi, bernilai $98 juta. AUM Bitcoin juga turut mendahului kebanyakan matawang kripto dengan jumlah keseluruhan, $56 bilion.

Prestasi aset ini didorong oleh aktiviti perdagangan dalam dana ETF yang telah diluluskan SEC beberapa minggu lalu.

Jumlah kumulatif bagi keseluruhan pasaran yang dinyatakan membawa nilai $151 juta, menandakan aliran masuk bagi minggu ke-13 berturut-turut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat