Cardano (ADA) Semakin ‘Hangat’, Bakal Lancarkan Converter Token ERC20 Minggu Hadapan!

860

Lagi satu khabar gembira untuk komuniti Cardano (ADA) apabila dilaporkan penukar ERC20 atau dikenali sebagai ‘ERC20 converter’ akan dilancarkan di testnet pada minggu hadapan.

Sebagai rekod, penubuhan penukar ERC20 diumumkan pada Mei yang lalu.

Teknologi yang diperkenalkan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dan pengeluar token.

Penukar ERC20 membolehkan mereka memindahkan token berasaskan Ethereum ke Cardano, begitu juga mengeluarkan token dari rangkaian itu.

Pengasas Cardano, Charles Hoskinson sebelum ini ada mendedahkan lebih daripada 100 syarikat bersedia untuk bertukar daripada Ethereum kepada Cardano apabila rangkaian itu dilancarkan sepenuhnya.

Selepas ini juga token ERC20 boleh dilaksanakan di Cardano sebagai token natif.

Buat masa sekarang, pihak mereka masih lagi memantau situasi rangkaian menjelang pelancaran kontrak pintar yang dijadualkan pada 12 September ini.

Ketika penulisan, ADA mencatatkan nilai dagangan $2.58, susut lebih 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat