Cardano (ADA) Susut Lebih 12%, Ramai Rupanya Sedang Menanggung Kerugian!

1,314

Ketika Cardano (ADA) menyentuh paras $1 selepas susut lebih 12% sejak Isnin, boleh dikatakan pelaburnya, terutama amatur berada dalam zon kerugian.

Pada masa yang sama, ADA telah susut hampir 65% dari rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 2 September 2021 dan mungkin akan menurun lebih rendah.

IntoTheBlock mendedahkan lebih daripada dua per tiga, atau 67% hodlers ADA menanggung kerugian. Satu per empat pula masih selamat berada di zon menguntungkan, dan 9% daripadanya berada di titik pulang modal.

76% pelabur ADA telah menyimpan aset ini selama tempoh satu sehingga 12 bulan. Hanya 11% pelabur Cardano hodl untuk lebih setahun dan mereka inilah yang masih lagi untung walaupun ketika penulisan ADA didagangkan pada $1.08 seunit.

Jika dilihat pada sudut teknikal, ADA sedang berhadapan dengan fasa bearish sehingga berpontesi untuk menyentuh kembali paras $0.80.

Barangkali penyusutan harga ADA sepanjang minggu ini terkait dengan perkembangan rangkaiannya yang tidak mengujakan atau lebih tepat dilihat statik walaupun sudah disokong teknologi kontrak pintar.

Misalnya jumlah aplikasi desentralisasi (dApps). Menurut DeFi Llama, hanya 10 protokol DeFi yang beroperasi di rangkaian itu dengan jumlah nilai terkunci (TVL) cuma $233 juta.

Melihat keadaan ini, pengasas Cardano – Charles Hoskinson menjelaskan kebanyakan dApps Cardano sedang menantikan hard fork Vasil yang dijangka bersiaran pada Jun 2022.

Manakala pada aspek lain, tidak dinafikan Cardano sangat menonjol dengan kadar permintaan rangkaian yang meningkat pada awal tahun ini susulan daripada pelancaran pertukaran desentralisasi SundaeSwap.

Malah, Santiment juga pernah melaporkan yang rangkaian ini merupakan salah satu projek kripto yang paling memberangsangkan di GitHub 2021.

Namun, segalanya tidak mustahil untuk harga ADA susut mendadak jika berlaku penjualan besar dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat