Cardano Luaskan Ekosistemnya, Harga Memacu Naik $0.62!

328

“Terbaiklah ADA, perkembangan macam ni la yang kita mahukan.”

Harga mata wang kripto Cardano (ADA) melihat pendakian sehingga $0.62 setelah memperkenalkan sandbox pembangunan Midnight kepada ramai orang yang menandakan era baharu dalam pembangunan blockchain tertumpu pada meningkatkan perlindungan data.

Midnight Devnet kini boleh diakses oleh semua yang bertujuan bagi memupuk persekitaran kolaboratif di mana pembangun dapat mencuba, berinovasi dan menyumbang untuk memajukan aplikasi decentralized (dApps) tetapi menekankan pada keselamatan data.

Selain itu, Midnight membezakan dirinya melalui penggunaan programming language Compact yang direka untuk disepadukan bersama TypeScript secara lancar termasuk mudahkan proses pembangunan dan jadikan teknologi zero-knowledge (ZK) lebih mudah diakses oleh rangkaian pembangun lebih luas.

Penyepaduan Midnight sebagai sidechain blockchain ADA telah menandakan pengembangan fungsi blockchain terutamanya mengenai perlindungan data termasuk membenarkan kaedah persendirian dan awam, menetapkan piawaian baharu untuk dapatkan maklumat peribadi serta komersial.

Suka dimaklumkan penganalisis melihat perkembangan itu sebagai pencapaian penting dalam pembangunan blockchain dan menyerlahkan fokus Midnight yang mengutamakan perlindungan data melalui teknologi blockchain serta kriptografi yang canggih.

Bukan itu sahaja, ketersediaan awam Midnight DevNet dijangka akan mempercepatkan inovasi dalam teknologi decentralized, tawarkan pembangun tools dan sumber diperlukan untuk cipta penyelesaian privasi serta keselamatan data dalam era digital.

Setakat penulisan ini, harga ADA melonjak sebanyak 7.75% pada paras $0.62 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $22 bilion tetapi masih merekodkan penyusutan 0.75% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat