Cardano Spot – Cardano Tubuhkan Aplikasi Media Sosial Baharu!

105

Syarikat teknologi global blockchain, EMURGO yang mengasas Cardano (ADA) berjaya melancarkan aplikasi rangkaian media sosial baharu digelar Cardano Spot bagi membawa seluruh peminat serta pemegang ADA berkumpul dalam satu platform.

Penubuhan Cardano Spot tersebut dimaklumkan bukan sahaja akan memudahkan pelaburan dalaman, pengedaran, penggunaan dan pengewangan kandungan ADA malah mampu menyelesaikan sebarang rintangan yang dihadapi ekosistem ADA.

Suka dimaklumkan juga bahawa jawatan Pengarah Urusan yang dipertanggungjawab untuk mengetuai cawangan media baharu EMURGO telah dipegang oleh Sebastian Zilliacus.

Zilliacus meluahkan keterujaannya untuk menyokong EMURGO Media membangun melalui ekosistem produk dan perkhidmatan ADA dan tidak dilupakan juga komunitinya yang sangat besar.

Tambahnya lagi, perkembangan ADA untuk menjadi platform blockchain decentralized terkemuka akan terjadi apabila platform tersebut membenarkan para pengguna mengakses sebarang maklumat bagi menjana kandungannya.

Melalui kemas kini Cardano Spot setakat ini, mereka telah membuka waitlist kepada sesiapa yang berhasrat mendaftar untuk menyertai platform tersebut.

Sementara pelancaran awamnya dijangka akan mempunyai lebih 4 juta address wallet ADA di seluruh dunia serta sekitar 3,230 pengendali stake pool yang melindungi rangkaian itu.

Setakat penulisan ini, harga Ada telah mendaki 2.6% dalam tempoh 24 jam lalu dan raih 6.6% sepanjang minggu lepas, namun kini aset digital tersebut berlegar pada zon $0.3202.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat