Cari Penyelesaian Akses Jalur Lebar, Kata Gobind Kepada Telekom Malaysia

1,180

Penyedia perkhidmatan jalur-lebar (broadband), Telekom Malaysia (TM) perlu mencari jalan untuk meningkatkan akses internet ke seluruh negara, demikian kata Menteri, Gobind Singh Deo.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia adalah dasar kerajaan untuk menyediakan akses jalur-lebar internet kepada rakyat dan juga kualiti perkhidmatan yang terbaik.

“Ia adalah polisi kerajaan untuk menyediakan akses kepada semua, bukan hanya penawaran tetapi juga kualiti perkhidmatan yang terbaik, dalam masa yang sama mampu bersaing dengan negara-negara di peringkat antarabangsa,” demikian kata beliau dalam akaun peribadi tweeter pada 10 September.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada aduan di mana akses internet di sesetengah tempat yang mengecewakan walaupun caj bayaran yang tidak berpatutan dikenakan.

“Perkara ini sedang dalam pemerhatian Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Perbincangan akan berlangsung dalam masa terdekat bersama kesemua penyedia perkhidmatan,” kata beliau.

Menteri turut mengarahkan TM supaya menilai semula perkhidmatan jalur-lebar Streamyx, yang mana didakwa kurang memuaskan.

“TM perlu menjelaskan masalah Streamyx dan apa penyebabnya. Mereka perlu mencadangkan kaedah untuk menyelesaikan masalah ini.”

“Bagi mencapai sasaran untuk menyediakan akses kepada semua, kepantasan yang tinggi dan kualiti lebih baik, semua pihak mesti bekerjasama. Kemaskini lanjut daripada semua telcos adalan penting.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat