Catat Harga Tertinggi Terbaru, Dogecoin (DOGE) Meroket!

2,035

Selepas melonjak ke paras hampir $65,000 dua hari lepas, Bitcoin (BTC) kertika penulisan didagangkan pada $63,408, menunjukkan pergerakan positif sejak pembetulan beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, ketika ini apa yang mencuri perhatian komuniti kripto adalah Dogecoin (DOGE) sekali lagi mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sebentar tadi pada rekod $0.29, melonjak lebih 119% dalam 24 jam!

Pengasas Tesla, Elon Musk semalam memuatnaik tweet: ‘Doge menyalak pada bulan’. Maka, tidak hairanlah kenapa harga matawang shiba inu itu mendadak naik.

Secara tidak langsung, lonjakan itu juga berjaya membawa DOGE di kedudukan ke-8 di CoinMarketCap berdasarkan nilai pasarannya yang merekod nilai $30.6 bilion. DOGE juga berjaya mengalahkan (9) Uniswap(UNI), (10) Litecoin (LTC) dan (11) Chainlink (LINK).

Satu lagi token yang menunjukkan prestasi padu ialah Maker (MKR), dengan keuntungan lebih 43% dalam 24 jam kepada harga $4,102 pada malam tadi. Pada masa yang sama Band Protocol (BAND) turut menunjukkan peningkatan sebanyak lebih 38% kepada ATH terbaharu, $23.19.

Apa yang mendorong kepada lonjakan MKR didorong oleh ekosistemnya yang semakin menghampiri ciri desentralisasi sepenuhnya dan BAND pula diumumkan akan berintegrasi dengan Google Cloud.

Keseluruhannya, sektor kripto kini mencatat nilai pasaran sebanyak $2.2 trilion dengan dominasi Bitcoin direkod pada 52.3% dan Ethereum (ETH) sebanyak 12.9%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat