Catat Penurunan Nilai Lebih $400 Juta, MicroStrategy Nekad Mahu Kaut Bitcoin Lagi!

528

MicroStrategy tidak teragak-agak mahu menambah lagi Bitcoin (BTC) walaupun dilaporkan berhadapan dengan penurunan nilai aset (impairment losses) bernilai $424.8 juta dalam suku kedua (Q2).

Dalam satu kenyataan, CEO firma tersebut Michael Saylor menyatakan rasa puas hati dengan hasil pelaksanaan strategi aset digital:

“Modal terbaru kami mencatatkan peningkatan dan ini membolehkan kami untuk mengembangkan pegangan aset digital yang kini telah melebihi 105,000 BTC. Untuk masa akan datang, kami akan terus menggunakan modal tambahan dalam strategi ini.”

Walaupun menerima kritikan dalam kalangan pihak media kerana mengambil keputusan berani dengan mengumpul lebih banyak Bitcoin (BTC) ketika pasaran kripto kecundang, Saylor dan CFO MicroStrategy, Phong Li menyifatkan langkah tersebut satu keputusan bijak dan akan mengaut Bitcoin sebanyak yang mungkin:

“Strategi makro kami adalah mengumpul Bitcoin. Kami akan bantu menerangkan tentang Bitcoin kepada pihak penyelia, kepada orang awam, dan pihak media.”

Menyentuh isu berkaitan perpindahan pelombong China ke luar negara, Saylor memberitahu situasi itu sebenarnya satu perkara baik untuk Bitcoin terutama sekali ia mewujudkan perlombongan tidak berpusat (desentralisasi) seluruh dunia.

“Manakala untuk jangka panjang, ‘Westernization of Bitcoin’ baik untuk Bitcoin, dolar, dan teknologi Barat.”

Bagaimanapun, Saylor tidak menunjukkan isyarat untuk meluaskan pilihan kripto, misalnya Ethereum (ETH) sebagai alternatif lain: “Saya boleh memasukkan Bitcoin ke dalam seluruh ekonomi digital dan menjadikannya lebih baik. Bitcoin menjadikan keadaan lebih sempurna.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat