Cathie Wood Bengang Pengawal Selia Asyik Cari Salah Kripto, Terlepas Pandang Krisis Bank!

279

“Ini la padahnya kalau terlalu fokus dengan satu benda sampai terlupa yang lain.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ark Invest, Cathie Wood berpendapat tindakan pengawal selia terlalu tertumpu pada mata wang kripto telah menjadi punca mereka terlepas masalah yang berlaku dalam bank seperti kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) baru-baru ini.

Di samping syarikat kripto diharuskan mematuhi peraturan Amerika Syarikat (AS), pengawal selia negara itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini memberi amaran kepada bank supaya tidak sediakan perkhidmatan untuk firma bersandarkan aset digital.

Rentetan itu, Cathie berkata pengawal selia sepatutnya menumpukan perhatian terhadap sistem perbankan tradisional dan bukannya aset digital yang decentralized susulan pasaran kripto tetap bertahan walaupun semasa krisis bank.

Difahamkan Federal Reserve (Fed) AS telah melindungi deposit SVB sepenuhnya selepas pengawal selia mengambil alih bank tersebut yang mengalami keruntuhan drastik.

Cathie mendakwa perbankan tradisional menjejaskan kripto, bukannya sebaliknya ekoran ketidakstabilan dalam sistem perbankan telah memberi kesan negatif terhadap stablecoin termasuk DeFi.

Hal ini kerana USDC, stablecoin utama yang terikat dengan dolar AS telah merudum hingga ke paras $0.90 apabila $3.3 bilion rizabnya diikat di SVB, namun kini pulih semula pada $1.

Umum mengetahui bahawa kegagalan bank berupaya menyebabkan syarikat kripto tidak dapat menukar aset digital kepada mata wang fiat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat